Saturday 9 July 2011

Friday 8 July 2011

PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Sinopsis
Dalam bidang pendidikan, usaha mempertingkatkan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran terus dipergiatkan bagi melahirkan generasi muda yang celik komputer dan sentiasa peka dengan perkembangan teknologi semasa. Seseorang guru bukan setakat mempunyai ilmu dalam bidangnya sahaja, tetapi perlu bergerak seiriing dengan arus pemodenan. Pelajar zaman ini sentiasa terdedah dengan penggunaan teknologi dan internet. Guru yang sentiasa mendahului pelajarnya akan menyebabkan guru tersebut lebih dihormati. Selaras dengan itu, penggunaan ICT bukan sahaja boleh diadaptasi dalam matapelajaran Matematik, Sains dan ICT sahaja malah boleh diaplikasi dalam semua subjek di sekolah terutamanya subjek Bahasa Melayu yang banyak menggunakan pertuturan. Oleh itu, penggunaan ICT ini akan membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran sekaligus menarik perhatian pelajar. Pelajar hari ini sudah bosan dengan pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah ‘chalk and talk’ dan akhirnya ramailah pelajar yang akan tidur di dalam kelas. Sikap terhadap komputer ialah satu daripada tiga faktor yang menyumbang kepada penerimaan guru-guru terhadap penggunaan komputer. Zulkifli dan Raja Maznah(1994) mendapati bahawa sikap guru yang positif adalah penting untuk mendorong seseorang pelajar bagi mempelajari sesuatu subjek. Oleh itu, sikap dan kesedaran merupakan cara terbaik untuk menjangka dan meramal komitmen terhadap penggunaan komputer, sikap dan keyakinan serta efikasi yang tinggi dapat membantu memudahkan proses peningkatan kemahiran dalam pelaksanaan ICT ketika proses pengajaran dalam pembelajaran dalm bilik darjah.Dalam kajian ini, isu pemasalahan yang dibangkitkan ialah sikap guru-guru Bahasa Melayu yang mengajar di sekolah rendah di bahagian Bintulu terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Kajian ini juga melihat hubungan sikap dan pengetahuan dengan kemahiran guru-guru Bahasa Melayu terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran. Di samping itu juga, kajian ini juga meninjau sikap terhadap penggunaan ICT berdasarkan jenis aliran sekolah dan kursus ICT yang pernah dihadiri oleh guru-guru.Artikel ini merupakan satu kajian yang telah dilakukan oleh Melvina Chung Ching & Jamaludin Badusah  dari Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM). Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti sikap guru Bahasa Melayu terhadap penggunaan ICT dalam Pengajaran di sekolah-sekolah rendah Bintulu. Kajian ini meliputi 105 guru Bahasa Melayu yang mengajar di 12 buah sekolah rendah di Bintulu iaitu tujuh buah sekolah rendah kebangsaan (SK) dan lima buah sekolah rendah jenis kebangsaan (SRJK).  Data yang diperolehi telah dijalankan penganalisisan dengan bantuan perisian komputer melalui program SPSS Version 12.0. Statistik yang  digunakan ialah statistik deskriptif yang melibatkan kekerapan, skor min, peratusan dan sisihan piawaian, manakala statistik inferensi melibatkan ujian-t pada tahap kesignifikanan p <>.Antara faktor yang telah dikenal pasti dalam kajian literatur sebagai faktor yang memainkan peranan dalam penggunaan ICT di kalangan guru Bahasa Melayu di sekolah iaitu sikap, kemahiran dan penggunaan ICT, serta kursus dan latihan guru ke atas penggunaan ICT dan pengurusan sekolah terhadap penggunaan ICT. Oleh yang demekian, Model Reka Bentuk instruksional ASSURE, (Heinich, 2005) bertujuan menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media adalah salah satu cara yang perlu diperluaskan kemahiran ICT di kalangan guru-guru Bahasa Melayu dalam konteks pengajaran di dalam kelas. Justeru itu penyesuaian ini dapat dilakukan berasaskan Model Reka Bentuk tersebut. Model Assure bermaksud mempastikan atau ‘to assure’ pembelajaran berlaku bagi memilih dan menggunakan media pengajaran secara umum atau formulasi untuk Kegiatan Belajar Mengajar (KBM) atau disebut juga model berorientasi kelas. Oleh yang demikian, sikap guru-guru untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan bagi menguasai ilmu ICT perlu supaya pembelajaran yang melibatkan media berdasarkam model pengajar ASSURE dapat digunakan supaya tidak membosankan pelajar.

Hari Kokurikulum Sk Taman Ria 06 07 2011

mai la beli bihun sup di gerai kami.....murah je RM 2.50 semangkuk.
pasti sedap..membeli sambil menderma


Hari Kokurikulum Sk Taman Ria

goreng ayam ni...Pn Eshah (gb) nak rasa  ka..dah masak kot


Nasihat untuk Wanita

http://pcmansurah.forumotion.com/t258-nasihat-untuk-wanita

PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

http://journalarticle.ukm.my/143/1/a.pdf